Have an account?
Posted by RakunDownload on in
Diformulasi oleh Prof Ir Dr. Zainal Aripin bin Zakariah. Beliau merupakan seorang doktor homeopathy yang bertauliah dan mempunyai pengalaman dalam bidang homeopathy lebih dari 32 tahun.

Rangkaian produk VF telah digunakan oleh pengguna sejak pertengahan tahun 2006.

Produk VF menggunakan remedi (penawar) homeopathy sebagai bahannya. Bahan-bahan ini telah sah digunakan di merata tempat di dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom,Jerman, Perancis, India, Pakistan, Australia, Malaysia, Singapura dan banyak lagi negara di timur tengah, Afrika dan Amerika Selatan.

Cecair homeopathy yang digunakan adalah dalam kehalusan Nano dan telah diguna pakai dalam pasaran melebihi 200 tahun. Oleh yang demikian produk VF adalah bebas daripada "drug" dan bahan toksik merbahaya. Walaupun remedi homeopathy adalah daripada bahan semulajadi seperti tumbuhan, galian dan sebagainya tetapi ianya bebas daripada pati (essence/extract) bahan semulajadi yang boleh dikesan melalui peralatan biasa. Berdasarkan alasan inilah sistem perubatan homeopathy berbeza daripada sistem perubatan tradisional.

Perbincangan dengan pihak JAKIM telah memutuskan bahawa rangkaian produk VF yang dikelaskan sebagai ubat tidak memerlukan pengesahan JAKIM. lanya tertakluk kepada kelulusan MAL sahaja.

Sehubungan dengan itu pihak VITAL FORCE HDC mengesahkan bahawa rangkaian produk VF adalah dari sumber halal dan melalui proses pengeluaran yang menepati kehendak syarak. Rangkaian Produk VF tidak akan memberi kesan sampingan kepada pengguna kerana kesemua remedi yang digunakan telah terbukti bebas daripada bahan aktif yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Penyembuhannya pula bergantung kepada reaksi pesakit dengan ubat yang diambil. Dalam keadaan di mana potensi ubat yang diambil bersesuaian dengan keadaan kuasa hayat pesakit, kesembuhan adalah lembut, pantas dan kekal.

Jika kesembuhan tidak tercapai seperti yang diharapkan, pesakit disyorkan berjumpa dengan doktor homeopathy yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan spesifik bagi kes yang di hidapi.

Rangkaian Produk VF memberikan kesembuhan dan bukannya membenamkan gejala penyakit. Pesakit yang sembuh akan menikmati kesihatan yang sebenar, kuasa hayatnya menjadi kuat dan akan menentang gejala penyakit yang cuba menggugat kesihatannya.

Produk2 VF boleh diambil secara bersama. Contohnya seorang pengguna boleh menggunakan dua (2) atau lebih produk sekali gus. Cuma jarakkan tempoh pengambilannya lebih kurang 5 minit untuk setiap produk.

Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada produk pertama meresap ke dalam saraf sebelum produk kedua digunakan. Remedi2 yang digunakan di dalam produk VF telah dianalisis oleh jabatan kawalan kualiti dari makmal Bhandari Homoeophatic India.